Saturday, January 17, 2009

Sejarah Surau Al-Muhajirin

Surau Taman Yayasan, Segamat atau lebih dikenali sebagai Surau Al-Muhajirin diberi nama berdasarkan sebahagian besar jemaah yang tinggal di taman ini adalah penghijarah, bukannya orang tempatan Segamat. Surau yang mampu menampong 400 jemaah dalam satu-satu waktu. Sering menjadi persinggahan musafir kerana ia terletak di persimpangan jalan utama Segamat-Kuantan dan kebandar-bandar utara.
Tapak asal surau Taman Yayasan ini ialah di Jalan Bistari 3/2 yang kini didirikan bangunan Rukun Tetangga. Pertukaran tapak ini dibuat memandangkan tapak yang di sediakan berhampiran kolam pengoksidan najis dan kedudukannya agak tersorok.
Surau ini dibina pada Oktober 1992 dan siap pada Februari 1993. Ia mula digunakan pada Mac 1993. Kos pembenaan sebanyak RM 120,000 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Pengerusi surau ketika itu ialah En Abdul Latif b. Ismail.
Pada 8 Februari 2002, surau Al-Muhajirin diberi kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat kerana Masjid Buloh Kasap dan Masjid Sulir agak jauh lokasinya. Khatib yang pertama membaca khutbah Jumaat adalah As-Syeikh Ahmad Faisal b. Mohamed, Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat pada masa itu.
Surau ini telah diubbah suai pada Julai 2002 memandangkan ia terlalu kecil untuk jemaah. Kini surau ini mampu menampung 400 jemaah dalam satu masa.
Maklumat Tapak

Nama

Surau Al-Muhajirin

Alamat

Jalan Bistari 1/7, Taman Yayasan, Buloh Kasap, 85010 Segamat

No Lot/PTD

7950

No Hak Milik

RIZ 2/95

Keluasan

1597 meter persegi

Status Tanah

Pajakan 99 tahun

Perwakafan

Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim

Maklumat Bangunan

Tarikh Dibina

Oktober 1992

Tarikh Mula Digunakkan

Mac 1993

Keluasan Dalaman

3600 kaki persegi

Muatan Jemaah

400 orang

Tarikh naik taraf

25 Julai 2002

Makluma Penduduk

Bilangan Rumah

318 buah

Bilangan Isi Rumah

1488 orang

Bilangan Penduduk Lelaki Yang Melebihi 15 Tahun

Bancian 2002
Senarai Pengerusi Surau Al-Muhajirin

Nama

Mulai

hingga

En Abd. Latif b Ismail

1993

1996

Tuan Haji Yahya b Hamzah

1996

1998

En Mohd Ariffin b Topandi

1998

2001

Tuan Haji Ramlee b Ramlan

2002

-