Surau Taman Yayasan, Segamat atau lebih dikenali sebagai Surau Al-Muhajirin diberi nama berdasarkan sebahagian besar jemaah yang tinggal di taman ini adalah penghijarah, bukannya orang tempatan Segamat. Surau yang mampu menampong 400 jemaah dalam satu-satu waktu. Sering menjadi persinggahan musafir kerana ia terletak di persimpangan jalan utama Segamat-Kuantan dan kebandar-bandar utara.
Tapak asal surau Taman Yayasan ini ialah di Jalan Bistari 3/2 yang kini didirikan bangunan Rukun Tetangga. Pertukaran tapak ini dibuat memandangkan tapak yang di sediakan berhampiran kolam pengoksidan najis dan kedudukannya agak tersorok.
Surau ini dibina pada Oktober 1992 dan siap pada Februari 1993. Ia mula digunakan pada Mac 1993. Kos pembenaan sebanyak RM 120,000 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Pengerusi surau ketika itu ialah En Abdul Latif b. Ismail.
Pada 8 Februari 2002, surau Al-Muhajirin diberi kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat kerana Masjid Buloh Kasap dan Masjid Sulir agak jauh lokasinya. Khatib yang pertama membaca khutbah Jumaat adalah As-Syeikh Ahmad Faisal b. Mohamed, Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat pada masa itu.
Surau ini telah diubbah suai pada Julai 2002 memandangkan ia terlalu kecil untuk jemaah. Kini surau ini mampu menampung 400 jemaah dalam satu masa.
Maklumat Tapak
Nama | Surau Al-Muhajirin |
Alamat | Jalan Bistari 1/7, Taman Yayasan, Buloh Kasap, 85010 Segamat |
No Lot/PTD | 7950 |
No Hak Milik | RIZ 2/95 |
Keluasan | 1597 meter persegi |
Status Tanah | Pajakan 99 tahun |
Perwakafan | Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim |
Maklumat Bangunan
Tarikh Dibina | Oktober 1992 |
Tarikh Mula Digunakkan | Mac 1993 |
Keluasan Dalaman | 3600 kaki persegi |
Muatan Jemaah | 400 orang |
Tarikh naik taraf | 25 Julai 2002 |
Makluma Penduduk
Bilangan Rumah | 318 buah |
Bilangan Isi Rumah | 1488 orang |
Bilangan Penduduk Lelaki Yang Melebihi 15 Tahun |
Bancian 2002
Senarai Pengerusi Surau Al-Muhajirin
Nama | Mulai | hingga |
En Abd. Latif b Ismail | 1993 | 1996 |
Tuan Haji Yahya b Hamzah | 1996 | 1998 |
En Mohd Ariffin b Topandi | 1998 | 2001 |
Tuan Haji Ramlee b Ramlan | 2002 | - |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.